20 September 2022 

Rabu 

Kunjungan Pegawai Kanan dan Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Petaling Jaya dan tetamu jemputan En Syukry bin Muhammad Sabri Pen.PPDPU Unit Hal Ehwal Murid dan Pn Stephanie Cheong Ngee Fui YDP PIBG SMK Damansara Jaya. 

Pada hari ini Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya berbesar hati menerima kunjungan dari KBPJKK DSP SIVAKUMAR A/L  THANKARAJA yang merupakan selaku penceramah Program Sekolahku Sejahtera :Sepakat dan Selamat. Disamping itu, Terdapat juga pameran motosikal berkuasa tinggi dan MPV serta booth-booth dari Unit Pencegahan Jenayah dan Trafik dari IPD Petaling Jaya. 

Ribuan terima kasih kepada pegawai kanan serta Anggota PDRM dari IPD Petaling Jaya, Pen.PPD dan YDP PIBG kerana sudi meluangkan masa bagi menjayakan program pada hari ini. 

Terima kasih juga kepada Pentadbir,Guru-guru,Staf sokongan,Murid-murid serta semua pihak yang menjayakan Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat (Kesedaran Hentikan Buli).  

Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara Pihak sekolah dengan PDRM Petaling Jaya sesuai dengan Slogan “polis dan masyarakat berpisah tiada’ dan memberi input yang berguna kepada guru-guru,pelajar-pelajar dan pihak yang terlibat.