Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengatur program vaksinasi Covid-19 bagi murid sekolah yang telah mencapai umur 12 tahun. 

2.    Berikut adalah ketetapan program vaksinasi bagi murid-murid SMKDJ:

Tarikh: 21 & 22.10.2021 (Khamis dan Jumaat)

Masa: 2.15-3.45 petang (Khamis) dan 9.00-10.30 pagi (Jumaat)

Tempat: Thomson Hospital, Kota Damansara

Dokumen-dokumen Penting Yang Perlu Dibawa

IndividuDokumen Yang Perlu Dibawa
MuridKad pengenalan / dokumen pengenalan sementara / passport
Ibu atau bapa 
(salah seorang)
Kad pengenalan / dokumen pengenalan sementara / passport
PenjagaKad pengenalan / passport /
sijil pengangkatan / surat sumpah
WakilConsent Letter yang telah lengkap (kosongkan ruangan saksi)
Surat perwakilan (KKM) , 
kad pengenalan / dokumen  pengenalan sementara / 
passport ( contoh pengisian seperti di bawah )

3. Ibu/bapa/penjaga murid dikehendaki untuk melengkapkan dan menandatangani Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 dan ianya perlu dibawa dan diserahkan kepada petugas di pusat vaksin pada hari tersebut. Dalam borang tersebut, tuliskan tarikh yang sama dengan tarikh suntikan diberikan 

4. Ibu/bapa/penjaga perlu mengiringi murid ke Pusat Vaksin dan sekiranya tidak dapat berbuat demikian dan hanya menghantar wakil yang berumur 18 ke atas, maka Surat Perwakilan Ibu Bapa/Penjaga dan Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 yang telah lengkap dan ditandatangani oleh ibu/bapa/penjaga perlu dibawa oleh wakil untuk diserahkan kepada petugas di Pusat Vaksin.

5. Ibu/bapa/penjaga digalakkan hadir ke pusat vaksin setengah jam sebelum masa.

6. Bagi ibu/bapa/penjaga yang ada kesulitan untuk mencetak borang persetujuan dan borang perwakilan, boleh mendapatkan Salinan daripada pengawal keselamatan sekolah.

7. Jenis vaksin yang diberi ialah Pfizer sahaja seperti ketetapan KKM.

8. Sila rujuk kepada jadual vaksinasi murid yang telah dikongsikan untuk mengetahui tarikh dan masa yang diperuntukkan untuk murid. Sila kerjasama semua ibu bapa untuk mematuhi masa yang ditetapkan dalam jadual bagi mengelakkan kesesakan di PPV dan melancarkan proses pengambilan vaksin.

9. PPV tidak akan menerima murid selepas pukul 3.45 petang. Bagi murid yang diberi masa 3.45 petang pada hari Jumaat (21.10.2021) pastikan murid sampai sebelum pukul 3.45 petang untuk mengelakkan masalah murid tidak dapat vaksin.

10. Senarai semak sebelum pergi ke PPV untuk vaksinasi:

  1. Bawa pen sendiri ke PPV 
  2. Pakai baju PJPK sekolah atau baju yang sesuai untuk disuntik sekiranya baju PJ kecil.
  3. Mematuhi masa yang diberi dalam jadual vaksinasi murid yang telah dikongsikan.
  4. Murid/ibu bapa/penjaga/wakil perlu bawa kad pengenalan/dokumen rasmi yang diiktiraf
  5. Borang persetujuan penerimaan vaksin diisi (Bahagian “saksi” dibiarkan kosong)
  6. Surat perwakilan dan borang persetujuan perlu diisi dan ditandatangan oleh ibu bapa jika ibu bapa tidak dapat hadir bersama.
  7. Bawa telefon bimbit yang telah didaftar nama murid dalam MySejahtera dan “refresh”/ kemaskini Status MySejahtera sebelum pergi ke Hospital Thompson. Jika terima appointment, pastikan klik TERIMA/ PENJADUALAN SEMULA untuk mengelakkan kesesakan
  8. Bagi murid yang masih belum menerima notifikasi untuk vaksinasi dalam MySejahtera, murid boleh terus ke Thompson Hospital untuk mengambil vaksin. 
  9. Jika murid ada mengambil ubat-ubatan, sila bawa ke PPV bagi konsultasi dengan doktor
  10. Guru pengiring di PPV ialah Pn Lin Siew Goh dan Pn Siti Norhidayu.


Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 (Untuk Kanak-kanak Di Bawah Umur 18 Tahun):

To Print: Click the ‘Open In A New Window’ Button on the top right corner of the PDF below (Square With An Arrow Icon) (You will then be re-directed to Google Drive) -> Click the Print Icon on the top right corner (On Desktop)/ three dots and click “Print‘ (On Mobile))


Contoh pengisian Surat Perwakilan. Kakak ( umur 18+ ) mengiring adik

Maklumat Vaksin COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH) Bagi Kanak-Kanak Berumur 12-17 Tahun: