Selamat sejahtera,

Selamat datang kepada para pengunjung laman web rasmi SMK Damansara Jaya. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pihak terlibat yang telah berjaya membangunkan laman web rasmi sekolah ini. Tanpa kecekalan dan usaha yang konsisten secara optimum laman web ini tidak dapat direalisasikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini saya turut ingin menyatakan rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk merakamkan sepatah dua kata dalam ruangan rasmi ini. Laman web rasmi ini merupakan satu wadah dalam menyampaikan informasi dan berita terkini berkaitan SMK Damansara Jaya seperti pencapaian kejayaan dan beberapa agenda yang telah dilaksanakan sepanjang tahun.

Di samping, penggalakan terhadap warga pendidik untuk menggunakan alatan dan bahan berunsur teknologi semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan agar murid-murid terdedah dengan perkembangan teknologi semasa, sama seperti sekolah-sekolah berprestasi tinggi yang lain.

Akhir kalam, saya selaku pengetua SMK Damansara Jaya berharap agar laman web ini berupaya untuk menjadi satu medium yang mampu memberi manfaat dan kemudahan kepada para pengunjung yang memerlukan maklumat daripada sekolah ini. Semoga warga sekolah, ibu bapa dan mana-mana pihak yang berkaitan berupaya untuk bersama-sama mempertingkatkan lagi kecemerlangan sekolah pada masa akan datang.

“BERILMU UNTUK BERJASA”

[email protected]