Link http://www.smkdj.edu.my/agm

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Bil. 39/2022 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 28 MEI 2022

Hari : Sabtu

Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat : Secara dalam talian.


2. Pihak sekolah amat berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

  1. 2.1  Ucapan Pengerusi
  2. 2.2  Membentangkan dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-38
  3. 2.3  Menerima Laporan Tahunan PIBG 2021
  4. 2.4  Menerima Penyata Kewangan 2021
  5. 2.5  Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
  6. 2.6  Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023
  7. 2.7  Usul-usul (jika berbangkit)
  8. 2.8  Hal-hal lain
  9. 2.9  Ucapan Penangguhan

3. Kehadiran Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat diharapkan demi kepentingan pencapaian akademik anak-anak kita bersama dan kecemerlangan sekolah.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

( CHEONG NGEE FUI) YDP PIBG
SMK Damansara Jaya